Pakatan Harapan – a hope for malayan leaders to rule Sarawakians

It is incredible how a group of Malayan opposition parties with no vision and no direction can endlessly quibble over seat allocations.

It’s no wonder that Malaysian politics is in such a mess when it is based on the popularity of individuals instead of overall policies and direction.

All these parties change their minds by the day, depending on which crisis is uppermost in their feeble little minds.

Truly, it is a uniquely Malaysian characteristic how nobody can think ahead, and it dominates every aspect of Malaysian life – from the way you drive, to the way you run your country.

It’s an amazing phenomenon that a multiracial – supposedly educated – society can be so devoid of common sense, vision, and pretty well barren when it comes to principles.

All these people can think of is self, self, self and money.

 

baru2bbian2bpakatan2bharapan2bsarawak2bprn

Pembahagian kerusi Pakatan Harapan Sarawak belum muktamad: Chong

KUCHING: Pembahagian kerusi antara parti Pakatan Harapan Sarawak sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang masih belum dimuktamadkan.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen sambil menambah, rundingan antara tiga parti iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) masih berjalan.

“Pembahagian kerusi antara DAP, PKR dan AMANAH masih belum muktamad. Kita masih berunding mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa berkata pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti itu akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat ini.

Beliau juga enggan mengulas mengenai tindakan PKR yang mengumumkan calon-calonnya khas untuk zon selatan dan tujuh daripadanya masih dalam rundingan.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu kerana hakikatnya pembahagian kerusi antara kami masih berlangsung. Saya lebih suka untuk berdiam diri,” ujarnya.

Tambahnya, beliau telah bertemu dengan pemimpin-pemimpin PKR Pusat pada 19 Februari lalu bagi membincangkan perkara tersebut.

Bagaimanapun Chong enggan mendedahkan hasil rundingan tersebut.

“Anda (media) akan tahu apabila tiba harinya nanti,” ujarnya ringkas.

Sebelum ini Chong berkata DAP akan bertanding di 35 hingga 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 11 kerusi baharu pada PRN nanti dan kira-kira 22 daripada kerusi yang akan ditandingi merupakan majoriti Dayak.

Sementara itu PKR baru-baru ini mengumumkan senarai calon-calonnya bagi zon selatan semasa majlis perasmian Bilik Gerakan Utama (BGU) PKR Kuching yang turut dihadiri Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini.

Calon-calon tersebut ialah Francis Teron (Opar), Boniface Willie Tumek (Tasik Biru), Jajol Numan (Tanjung Datu), Nurhanim Hanna Mokhsen (Tupong), Mohd Salleh (Satok), See Chee How (Batu Lintang), Voon Chiak Ni (Batu Kitang), Athina Sim (Serumbu), Willie Mongin (Mambong), Musa Ngog (Tarat) dan Cyril Langin (Kedup).

Calon-calon lain ialah Reginald Abell (Triboh), Jamilah Baharuddin (Simunjan), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Lingga), Nicholas Mujah (Balai Ringin), Norina Utot (Simanggang), Kolien Liong (Batang Ai), Yukud Daud (Saribas), Vernon Kedit (Layar), Neol Bucking (Bukit Saban), Jemat Panjang (Kalaka) dan Ali Biju (Krian) – Borneopost

Advertisements
This entry was posted in politik sarawak, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s