Dato Sri Micheal Manyin must settle this problem!

A non-perform YB? Sad but its true… If people cannot get help from their respective assemblyman, then whom should they see? Of course, making a police report as well as approach the MACC would never do anything to dissolve the problem. YB must come to the field and face the villagers…

From Rajahmas

ADUN PBB Tebedu, apa sudah jadi?

Serangan penduduk ke atas syarikat pembalakan di Tebedu telah membuka mata banyak pihak akan pencerobohan tanah di kawasan kampung-kampung khasnya masyarakat Dayak. Bagaimanapun, agak mengecewakan kerana insiden seperti ini berlaku di kawasan Dato Seri Micheal Manyin yang juga merupakan ADUN PBB.

Dalam kejadian lalu, 7 buah kenderaan berat dan 4 buah lori balak termasuk kem-kem pambalak dibakar dan dimusnahkan. Jangan memandang ringan amukan rakyat. Mereka yang datang berdemonstrasi itu tentunya disokong oleh berpuluh ribu penduduk di 10 buah kampung dan juga daripada kampung-kampung lain yang berhampiran.

Dato Seri Micheal Manyin sepatutnya bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku di kawasannya. Belum pernah lagi berlaku kawasan PBB lain kejadian amukan rakyat sehingga pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa bagi menghalang tindakan mereka itu.

Dalam Borneo Post semalam dilaporkan berita tersebut. Berikut adalah petikan daripada perenggan pertama dan kedua yang paling tidak elok dibaca,

KUCHING: Serangan ke atas kem pembalakan oleh penduduk di Tebedu pada Ahad lepas akan dapat dihalang jika wakil rakyat di situ mengambil berat rungutan mereka sebelum ini.

Kedua-dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dato Sri Michael Manyin bagaimanapun nampaknya bagaikan tidak mengendahkan apa yang berlaku di kem pembalakan terbabit.

Rujuk sini..

Apakah maksudnya semua ini?

Laporan Borneo Post ini dibaca oleh ribuan rakyat Sarawak di seluruh negeri.

Bolehkah disenyapkan kejadian tersebut? Apakah impaknya nanti terhadap PBB lebih-lebih lagi Ketua Menteri, Pehin Sri Taib Mahmud? Bukankah ini akan menjadi modal untuk pembangkang menuduh kononnya BN merampas tanah dan hasil balak?

MP Serian, Dato Richard Riot walaupun ahli SUPP, tetapi juga harus mengambil berat isu yang berlaku di kawasannya. PRU13 akan dibuat tidak lama lagi. Bukan mudah hendak memenangkan calon jika rakyat masih memprotes oleh isu-isu yang tidak selesai.

Semoga insiden seperti ini tidak berlaku di kawasan lain dan yang paling penting tidak melibatkan ADUN-ADUN BN yang telah dipercayai rakyat sejak sekian lama. Dato Seri Micheal Manyin MESTI turun padang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk. Jangan dibiarkan berlarutan sehingga merosakkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional…

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s