Awas pembohongan Anwar di Sarawak

KUALA LUMPUR   28 Mac – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak sebagai ruang untuk mempopularkan diri melalui pembohongan dan fitnah yang akan dibuat ketika berkempen nanti.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrin Hashim berkata rakyat Sarawak tidak harus terpedaya dengan apa yang bakal dikatakan oleh Anwar ketika pilihan raya negeri nanti kerana beliau hanya pandai berjanji tetapi tidak mampu melaksanakannya.

“Anwar ini hanya pandai berbohong, buat fitnah dan mereka-rekakan cerita untuk dapat sokongan, rakyat Sarawak akan menerima nasib yang sama seperti apa yang berlaku di negeri yang diperintah pembangkang jika mereka percaya apa yang dikatakannya.

“Itu keistimewaan Anwar, dia alihkan perhatian dan tumpuan yang asal, dia akan create (reka) isu, yang tak ada akan jadi ada, dia bohong untuk kelirukan rakyat, itulah yang dia ada sebenarnya,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembabitan Anwar pada pilihan raya negeri nanti. Penamaan calon pilihan raya Sarawak akan diadakan pada 6 April, manakala pengundian bakal diadakan pada 16 April nanti.

Zahrin menyifatkan pembabitan PKR di Sarawak tidak membawa kesan kepada senario politik tempatan, kerana pembangkang  terutamanya Dap hanya mampu bertapak di kawasan pengundi kaum Cina.

“PKR di Sarawak, saya rasa tidak ada kekuatan, kira macam `touch n go’ sahaja di Sarawak. Saya teringat semasa saya jadi pengerusi  PKR di Pulau Pinang, saya diminta bantu pilihan raya Sarawak.

“Dari segi jentera di Sarawak, sememangnya dia (PKR) tak ada hubungan, PKR dengan Dap di Sarawak bukan begitu baik, mereka anggap mereka sebagai senior parti dan dia orang lama, mereka hanya guna Anwar sebagai idola, sebab itu mereka guna Anwar (PKR),” katanya.

Menurutnya, kemenangan PKR di Sarawak pada pilihan raya lalu hanya di kawasan kaum Cina, sementara di kawasan yang didiami kaum lain PKR tidak mendapat sambutan terutama di kawasan Melayu dan kaum Bumiputera Sarawak.

Zahrin berkata, kepimpinan negeri tidak harus berbeza dengan kerajaan pusat dan jika perkara itu berlaku akan menimbulkan kesulitan terutama dalam membabitkan hal pembangunan untuk rakyat.

“Sarawak tak mampu jika kerajaan negeri berbeza dengan kerajaan pusat, akan hadapi masalah besar, rakyat Sarawak tidak main politik kalau dilakukan, kalau rakayat tak percaya mereka kan terima seperti negeri pakatan pembangkang,” katanya.  –MediaUMNO.

Advertisements
This entry was posted in politik sarawak and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s