Perbandingan CM Taib Mahmud dengan Anwar

Taib telah membawa pembangunan yang signifikan kepada Sarawak. Jika dibandingkan dengan pemimpin luar negara seerti Mubarak yang juga berkuasa selama 30 tahun, beliau hanya mamapu memberikan pendapatan perkapita sebanyak US$2 (RM6.14) sehari atau kira-kira RM200 sebulan kepada Mesir, Taib pula memberikan pendapatan perkapita lebih RM2,000 sebulan atau lebih sepuluh kali ganda kepada Sarawak.

Banyak lagi data ekonomi yang boleh dijadikan perbandingan yang boleh dipaparkan untuk menunjukkan antara pencapaian dan kecemerlangan Taib yang terlalu jauh jika dibandingkan Anwar yang hampir membuatka negera muflis ketika menjadi menteri kewangan pada 1997.

Kalau Taib seorang diktator, kediktatoran Anwar lebih terbukti. Taib tidak pernah melantik isterinya sebagai timbalannya sepertimana Anwar melantik Azizah sebagai Presiden PKR dan dalam masa yang sama anaknya Nurul Izah pula sebagai Naib Presiden.

CM Taib Mahmud tidak pernah menjadikan masalah peribadinya menjadi masalah negara, Anwar pula menukarkan kes salah laku jenayah peribadinya menjadi masalah Malaysia dengan mengheret seluruh rakyat untuk ‘membebaskan’ dirinya.

Adalah menjadi kebiasaan bagi seorang pemimpin politik melepaskan jawatan, malah kalau di Jepun ada yang membuat harakiri bila disabitkan dengan mana-mana kes jenayah. Tapi berbeza dengan Anwar. Sebaik sahaja tuduhan meliwat dibuat terhadapnya dia memaksa isterinya ‘menyerahkan’ jawatan ahli parlimen dan ketua pembangkang kepadanya.

CM Taib Mahmud tidak pernah tergamak untuk menghina negaranya sendiri. Hal ini berbeza jika dibandingkan dengan Anwar. Ketika para pemimpin lain mempromosikan negara masing-masing di luar negara, Anwar pula sibuk melemparkan penghinaan demi penghinaan terhadap negaranya sendiri di seluruh pelusuk dunia.

CM Taib Mahmud beristeri muda ramai yang mengkritik beliau. Walaupun keinginan untuk beristeri yang cantik dan muda itu ada pada mana-mana pemimpin, tetapi ia dibuat dengan cara halal. Bukan seperti Anwar yang bukan sahaja melampiaskan nafsunya pada wanita lain termasuk isteri orang tetapi juga kepada jantan.

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Perbandingan CM Taib Mahmud dengan Anwar

  1. my says:

    sembang deras tentang keburukan org. Buka isu ilmiah lg baik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s