PKR adalah ‘orang luar’ di Sarawak

Berikut adalah kenyataan Mawan dalam Borneo Post;

President of Sarawak Progressive Democratic Party William Mawan Ikom was quoted by The Borneo Post on Wednesday (6 October 2010) as saying that Sarawakians should reject the opposition especially the Pakatan Rakyat which is composed of Peninsular Malaysia-based party.

Mawan said even if the PR wins in the ext election, they would not be able to take care of Sarawakians as they would be looking after their own interests.

“They are outsiders, so how could they look after the interests of Sarawakians?

“The BN has proven itself all these while and continue to carry out its plan to improve the livelihood of the people,” Mawan told The Borneo Post.

Disebabkan kenyataan seperti ini, maka ramai pihak berpandangan bahawa ia adalah cara BN membuat provokasi dan sebutan ‘outsiders’ (Pakatan Rakyat) hanya menunjukkan kebodohan pemimpin tersebut. Persoalannya, berapa ramai yang faham maksud ‘outsiders’ seperti yang kita maksudkan?

Sarawak for Sarawakian. Mesej ini sebenarnya bermaksud Hanya Orang Sarawak mentadbir Kerajaan Negeri Sarawak. Bukannya Orang Sarawak boneka PR… Ramai pengkritik yang bijaksana khususnya pembangkang rakyat Sarawak bertaraf Doktor dan Ilmuwan putar belit segera menyerang kenyataan ini dengan mengaitkan BN Sarawak dengan UMNO di Semenanjung.

  • Tahukah mereka kriteria calon Pakatan Rakyat yang dilantik khususnya PKR bagi satu-satu kawasan? Anwar hanya mengutamakan calon yang popular dan mempunyai sokongan dana sendiri bagi menjayakan matlamat parti – bukan pengalaman ataupun kemampuan dengan mengambil kira kelayakan ciri-ciri seorang pemimpin.
  • Pemilihan calon PKR beramai-ramai tanpa penilaian oleh kepimpinan PKR pusat tidak lebih sekadar tangkap muat bagi menyaingi BN yang menguasai majoriti 2/3 kerusi. Yang penting PKR harus menang dulu, nilai kemampuan soal kedua.. Namakan 10 orang calon PKR yang anda kenal paling menonjol di Sarawak, kemudian fikirkan yang selebih 30 orang yang mewakili parti menentang BN Sarawak…. Agak-agak siapa antara mereka yang paling hebat bertanding buat kali pertama atas nama ‘memperjuangkan hak rakyat’?
  • Pilihanraya Negeri Sarawak pada kali ini menunjukkan PKR bersunguh-sungguh hendak memonopoli kerusi DUN dengan menyasarkan 40 kerusi sementara 31 lain dibahagikan antara PAS, DAP dan SNAP. Pertengahan September lalu Azmin membuat kenyataan bahawa Pilihanraya negeri pada kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu menentang BN. Dalam masa yang cukup singkat PKR mudah sahaja menentukan calon bagi pihak mereka.
  • Sedarkah kita bahawa golongan pembangkang Sarawak hanya menggunakan PR sebagai platform untuk menumbangkan BN demi kepentingan diri? Yakinkah bahawa mereka ini akan memperjuangkan kepentingan rakyat mengikut garis panduan yang ditentukan parti? Jika tidak, bukankah ini akan lebih menjurus kepada perpecahan, janji pilihanraya tinggal janji, pengurusan parti yang tidak stabil, perebutan kuasa, wakil rakyat senyap mengabaikan pengundi kawasannya… ?

Buktinya, cuba jelaskan parti manakah di negara kita ini yang mempunyai masalah ahli/wakil/pengikut/ADUN/Ahli Parlimen keluar parti yang paling HEBAT sekali dalam sejarah poliktik negara? PBB? UMNO? SUPP? PRS? SPDP?…………. atau PKR?

Persoalan kedua

Pembangkang melabelkan kepimpinan BN Sarawak sebagai satu parti yang juga dikuasai kepimpinan UMNO BN berpusat di Putra Jaya, Kuala Lumpur.

  • Benar. Tetapi BN adalah gabungan parti komponen, bukannya sebuah parti. Lihatlah PAS.. Mereka tidak berdaftar pun dalam gabungan Pakatan Rakyat tetapi ikut bertanding merebut kerusi DUN Sarawak. Pembangkang Sarawak tidak pula menyebut hal ini. Di manakah pusat pentadbiran parti dan kerajaan mereka?
  • Pemerintahan dalam mana-mana negara di dunia mempunyai satu pusat pentadbiran yang kita panggil Ibu Negara. Jika itupun dipersoal, sila jelaskan mungkin PR lebih berminat meletakkan Sarawak sebagai pusat dalam urusan pendidikan, kegiatan ekonomi, pembangunan sosial serta infrastuktur dan sebagainya dalam negara kita.. Jika PR mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai “Ibu Negara Malaysia” mengapa mempersoalkan kedudukan tempat kepimpinan BN pusat? Bolehkah ia dibuat mengikut pendirian mengikut citarasa pemimpin negeri masing-masing?
  • Jika PR memerintah Sarawak sekalipun, apakah PR Sarawak memperuntukkan kuasa kepada wakil tempatan untuk menguruskan negeri tanpa penguasaan daripada kepimpinan yang berpusat di Semenanjung? Lupakah kita apa yang terjadi kepada PKR Sabah? Mengapa Azmin beria-ia hendak menguasai kepimpinan PKR di Sabah dulu?
  • Pembangkang membuat tanggapan BN Sarawak sebenarnya dikuasai kepimpinan UMNO yang berpusat di Kuala Lumpur, meyakinkan kita bahawa PBB, PRS, SPDP, SUPP adalah alat UMNO untuk menguasai Sarawak. Sila nyatakan ada berapakah cawangan UMNO di Sarawak yang sudah ditubuhkan sejak daripada merdeka sehingga sekarang? Mengapa UMNO tidak wujud di Sarawak jika pemimpin BN Sarawak dikuasai oleh pemimpin UMNO?

Persoalan ketiga

Pendirian pemimpin BN seperti dinyatakan Mawan dilihat bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

  • Perpaduan 1Malaysia mendapat tentangan daripada golongan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat, mengapa dipersoalkan dalam pengurusan parti dalam sesebuah negeri?
  • UMNO digembar-gemburkan sebagai parti perkauman tetapi pernahkah kita melihat DAP memperjuangkan hak bangsa dan agama lain? Pentadbiran BN yang dipimpin UMNO memberikan kelebihan kepada masayarakat Cina khususnya dalam bidang ekonomi, menyalurkan jutaan ringgit kepada sekolah Jenis Perkauman serta membantu pembangunan komuniti mereka. Soalnya, berapa jutakah DAP sanggup keluarkan untuk Bumiputera dan orang Melayu? Memadaikah dengan derma RM100 sahaja?
  • Begitu juga PAS jika ditubuhkan tidak mengutamakan kepentingan satu pihak. Tanyalah kepimpinan PAS Pusat, jika PAS terlalu adil bersesuaian dengan slogan ‘PAS FOR ALL’ mengapa ditubuhkan HKPP? Bukankah PAS cuma ‘pertubuhan parti’ bukannya anutan agama yang mewajibkan ahlinya mestilah beragama Islam? Tiadakah transformasi PAS dalam soal demokrasi terhadap kaum beragama Kristian, Hindu dan Buddha?

Kesimpulannya mudah. BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak sebenarnya tidak mengamalkan sistem berkerajaan boneka seperti PR di Perak dulu. Mana-mana pemimpin yang berjaya selalunya tidak lepas daripada menjadi mangsa serangan pembangkang.

Jika hal kemiskinan tegar sekecil itu pun mampu dibesarkan pembangkang sehingga membayangkan Kerajaan Negeri tidak menghiraukan nasib rakyat, fikirlah apa yang mereka mampu buat pada perkara-perkara yang lain? Pembangkang lupa bahawa mentadbir sebuah negeri tak semudah hendak mengaut keuntungan dalam politik, ditambah lagi logistik Sarawak yang seluas hampir satu semenanjung. Propaganda politik PR terbukti kosong belaka.

Siapa berani kata Pakatan Rakyat akan membangunkan Sarawak dengan lebih berjaya daripada apa yang dibuat BN? Bukankah hasil sumber kerajan negeri menjadi sasaran pihak pembangkang? Akhir sekali, apakah janji PR terhadap masyarakat Dayak jika memilih mereka sebagai pentadbir negeri?

Tiada…..

PR tidak pernah janjikan apa-apa kepada rakyat pelbagai kaum di Sarawak. Jika ada sila BUKTIKAN apa perancangan masa depan PR untuk Rakyat Sarawak ?

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s