PERSB berangan-angan perintah Sarawak

Tempoh 10 tahun ditetapkan menteri-menteri dan ahli-ahli politik menjawat jawatan dalam kerajaan sekiranya PERSB berjaya membentuk ‘kerajaan baru’ dalam pilihan raya negeri akan datang hanya satu pembohongan. Tiada asas bagi satu parti yang baru ditubuhkan mampu menubuhkan ‘kerajaan baru’ dengan hanya berbekalkan agenda untuk menumbangkan BN di Sarawak tanpa perancangan struktur pentadbiran yang akan dibentuk.

Mereka boleh sebut apa sahaja ikrar dalam manifesto semasa pilihan raya tetapi mereka belum tahu bagaimana hendak menerajui negeri Sarawak. Kerja keras PERSB difokuskan kepada usaha kempen untuk menangkan parti.

Percayalah, mereka tiada masa untuk merancang bentuk pentadbiran kerajaan baru yang diidamkan. Lihatlah apa yang sudah terjadi kepada PKR yang menghadapi krisis kepimpinan sehingga ramai ahli/ADUN/MP keluar parti kerana tidak berpuas hati kerana telah diperdayakan. PKR sebelum ini menabur berbagai jenis janji-janji manis kepada pengundi sewaktu berkempen biarpun tidak mampu menunaikannya asalkan dapat memenangankan parti.

PERSB itu sendiri asalnya sebuah syarikat – PERS Development Corporation Sdn Bhd yang menguruskan ladang jatropha di kawasan pedalaman hampir tiga tahun lalu. PERSB dibarisi kalangan ahli perniagaan dan peguam bagi membentuk sebuah parti politik. Terpulanglah jika rakyat sanggup meletakkan kepercayaan kepada kalangan mereka ini untuk menjaga hal ehwal pentadbiran negeri Sarawak.

Beberapa persoalan perlu difikirkan sebelum mengundi PERSB,

* Yakinkan diri, bahawa PERSB tiada kepentingan dalam ekonomi Sarawak.

* PERSB yang baru menceburi arena politik mampu mentadbir Sarawak dengan sistem baru tanpa konflik?

* PERSB tidak ada masalah ahli yang berebut kedudukan atau tidak berpuas hati memandangkan parti itu baru diwujudkan.

* PERSB mampu meraih sokongan berdasarkan sumbangan yang mereka taburkan selama ini kepada seluruh rakyat Sarawak.

* PERSB tidak akan jadi seperti PKR, SNAP, PBDS yang mengalami masalah kepimpinan dan konflik dalaman sehingga membawa perpecahan.

* PERSB bukan parti bebas kelas ‘cap paruh burung’ yang tumbuh seperti cendawan ketika menjelang pilihanraya.

Yang pasti, bukan sahaja mereka ini tidak berpengalaman dalam pentadbiran, tetapi juga diragui ketelusan dan kejujurannya. Mereka tidak pernah diuji lagi dan tidak pernah berdepan masalah ekonomi global dan kaedah untuk menganganinya. Selamatkah kita dengan mengundi mereka?

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s